

Perkhidmatan bas premium Aeroline akan menghentikan operasinya di Kuala Lumpur selepas lebih dua dekad berkhidmat, susulan arahan yang hanya membenarkannya beroperasi dari terminal berlesen.
Aeroline berkata, Kuala Lumpur tidak lagi akan menjadi lokasi turun naik penumpangnya dengan keputusan dibuat selepas syarikat berdepan cabaran peraturan yang disifatkan berlarutan sejak 15 tahun lalu.
Pada 13 Mei lepas, katanya, pihaknya menerima arahan tegas bahawa operasi hanya boleh dijalankan dari terminal yang mempunyai lesen sah, dan ketika ini, hanya tiga lokasi dibenarkan, iaitu komples beli-belah 1 Utama, LaLaport dan IOI City Mall.
“Berbanding menggadaikan nilai kami, mengenakan caj lebih tinggi (kepada penumpang), atau menyajikan kualiti perkhidmatan yang kurang memuaskan, kami telah membuat keputusan yang…