Site icon Hot FM

AFC siasat proses pelesenan FAM, MFL


Setiausaha Agung AFC, Windsor John, berkata jika terbukti berlaku pelanggaran proses pemberian lesen kepada kelab, lesen liga daripada AFC berisiko ditarik balik.(Gambar Wikimedia Commons)

PETALING JAYA: Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) membuka siasatan terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) membabitkan proses pemberian lesen kepada kelab dalam Liga Malaysia (Liga M).

Setiausaha Agung AFC, Windsor John, berkata jika terbukti berlaku pelanggaran proses pemberian lesen kepada kelab, lesen liga daripada AFC berisiko ditarik balik dan menyebabkan tiada wakil Malaysia layak beraksi di peringkat Asia.

“Ya betul, kami sudah membuka fail siasatan dan langkah seterusnya adalah kami akan menghubungi FAM dan MFL untuk memulakan perbincangan bersama Jabatan Pelesenan Kelab yang akan memantau serta melihat proses pemberian lesen.

“Selepas semua maklumat dikumpul, kami akan membuat keputusan menerusi jawatankuasa yang ada. Kesan atau tindakan paling…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version