

Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan satu inkues diadakan bagi menyiasat kes kematian tiga individu dalam insiden tembakan di Durian Tunggal, Melaka pada 24 Nov tahun lalu.
AGC dalam satu kenyataan berkata inkues diadakan di bawah Seksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah selepas mempertimbangkan keseluruhan keterangan dan dapatan siasatan polis.
“Prosiding inkues ini bertujuan untuk menentukan punca dan sebab kematian serta meneliti fakta dan keadaan yang membawa kepada kematian tersebut.
“Ini termasuk mengenal pasti sama ada wujud atau tidak sebarang unsur jenayah berhubung kematian tiga individu akibat insiden tembakan di Durian Tunggal, Melaka pada 24 Nov 2025,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, AGC memandang serius setiap insiden yang melibatkan kehilangan nyawa dan keputusan untuk…