Site icon Hot FM

Agensi pusat, Kedah realisasikan pelaburan RM7.7 bilion


Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) berkata jumlah pelaburan itu bagi sembilan bulan pertama 2023. (Gambar UPDA)

PETALING JAYA: Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bersama kerajaan Kedah telah merealisasikan pelaburan RM7.7 bilion dalam tempoh sembilan bulan tahun ini.

NCIA menjelaskan, pelaburan itu diterajui oleh sektor pembuatan, diikuti pelancongan, logistik, pertanian, dan ekonomi digital.

Perkara itu telah diumumkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Negeri (JPN) Kedah, yang dipengerusikan Menteri Besar Sanusi Nor yang diadakan di Wisma Darul Aman, Alor Setar.

Selepas mesyuarat yang membincangkan perancangan penting dalam pelaburan dan pembangunan serta kemajuan projek di Kedah, Sanusi turut memberikan ucapan penghargaan kepada NCIA atas dedikasi memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan di Kedah.

“Komitmen mereka untuk memajukan inovasi, memupuk bakat tempatan dan mempromosikan pelaburan mampan dalam keusahawanan adalah penting dalam membantu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version