
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa bangga dengan rakyat Malaysia yang terus bangkit menyatakan solidariti membantu rakyat Palestin yang menderita akibat tindakan zalim rejim Zionis.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Zahari Mohd Ariffin, berkata Seri Paduka juga bersyukur dengan semangat ditunjukkan rakyat yang berganding bahu menghulurkan bantuan kemanusian antaranya ubat-ubatan, pakaian, barangan keperluan bayi, selimut dan makanan kepada rakyat Palestin di Gaza.
Beliau berkata, momen itu disaksikannya sendiri semasa Seri Paduka menyempurnakan persiapan penghantaran bantuan kemanusiaan Op Ihsan untuk rakyat Palestin di Gaza, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 18 Dis tahun lalu.
“Kalau rakyat Malaysia boleh lihat reaksi Seri Paduka semasa tinjauan persiapan Op Ihsan itu,…