
PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Surau Utama Istana Negara.
Bernama melaporkan keberangkatan tiba Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah pada 8.23 pagi tadi diiringi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan anggota Jemaah Menteri.
Solat sunat Aidilfitri itu dipimpin Pegawai Agama Istana Negara, Munir Md Salleh.
Ini kali pertama Seri Paduka Baginda menunaikan solat sunat Aidilfitri di Istana Negara selepas melafaz sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan lalu.
Khutbah Aidilfitri bertajuk “Hakikat Kemenangan” yang dibacakan Munir antaranya menyeru umat Islam memanfaatkan keberkatan Aidilfitri untuk memperbaiki hubungan persaudaraan sesama anggota masyarakat.
Selain itu, hari raya juga merupakan peluang…