
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat melakukan kunjungan hormat ke atas Raja Britain Raja Charles III di Istana Buckingham, United Kingdom (UK) pada Rabu.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Samsuddin berkata kunjungan hormat itu bersempena lawatan khas Seri Paduka berdua ke London selama enam hari bermula 10 Okt hingga Ahad ini.
Menerusi catatan dalam Facebook Istana Negara, Ahmad Fadil berkata pada sesi kunjungan hormat selama 40 minit yang bermula 3 petang waktu tempatan, Raja Charles III berkenan menyantuni dan beramah mesra dengan Sultan Abdullah dan Tunku Azizah.
Katanya, Agong turut menyentuh isu-isu hubungan dua hala antara Malaysia dengan UK termasuk isu alam sekitar dan pelancaran Stesen Janakuasa…