
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah atas penganugerahan Royal College of Surgeons of Edinburgh (RCSEd) International Medal 2021, baru-baru ini, sebagai mengiktiraf sumbangan beliau dalam bidang pembedahan perubatan di Malaysia.
Turut menzahirkan ucapan tahniah ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menurut catatan di akaun Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas penganugerahan tersebut yang sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
“Penganugerahan tersebut membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan individu yang berkualiti, berkaliber dan bertaraf antarabangsa,” menurut hantaran itu.
Seri Paduka…