Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Agong, Permaisuri zahir ucapan Tahun Baharu

today31 December 2021

Background



Sambutan Tahun Baharu disambut dengan solat hajat dan doa selamat berikutan musibah banjir di beberapa negeri. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat tahun baharu dan menyelitkan doa untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

“Semoga dilimpahi keberkatan dan dilindungi daripada sebarang bentuk musibah serta dikurniakan kemakmuran, perpaduan dan keharmonian yang berkekalan,” zahir Seri Paduka berdua menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara.

Berbeza daripada kelaziman, sambutan tahun baharu kali ini disambut dengan solat hajat dan doa selamat berikutan musibah banjir di beberapa negeri sebagai tanda menghormati dan bersimpati kepada mangsa terjejas.

Ini susulan pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bagi membatalkan sambutan Tahun Baharu 2022.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Chong Ming letak jawatan

Kuala Lumpur: Bekas pemain beregu lelaki negara, Chan Chong Ming meletakkan jawatan sebagai jurulatih skuad beregu wanita kebangsaan pada Rabu lalu.

today31 December 2021