Hot FM

Agong, Permaisuri zahir ucapan Tahun Baharu



Sambutan Tahun Baharu disambut dengan solat hajat dan doa selamat berikutan musibah banjir di beberapa negeri. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat tahun baharu dan menyelitkan doa untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

“Semoga dilimpahi keberkatan dan dilindungi daripada sebarang bentuk musibah serta dikurniakan kemakmuran, perpaduan dan keharmonian yang berkekalan,” zahir Seri Paduka berdua menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara.

Berbeza daripada kelaziman, sambutan tahun baharu kali ini disambut dengan solat hajat dan doa selamat berikutan musibah banjir di beberapa negeri sebagai tanda menghormati dan bersimpati kepada mangsa terjejas.

Ini susulan pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bagi membatalkan sambutan Tahun Baharu 2022.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version