Site icon Hot FM

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke istiadat menjunjung kasih


Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat ke istiadat perbarisan menjunjung kasih di Kem Perdana, Sungai Besi. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke istiadat perbarisan menjunjung kasih.

Istiadat perbarisan berkenaan yang diadakan bersempena dengan tamat pemerintahan Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Jan, berlangsung di Kem Perdana, Sungai Besi.

Sultan Abdullah memegang tampuk kepimpinan negara selama lima tahun bermula 31 Jan 2019 selepas menggantikan Sultan Muhammad V iaitu Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Kali terakhir istiadat sama diadakan adalah pada 2016 semasa Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah menamatkan tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.

Istiadat itu melibatkan 40 pegawai dan 888 anggota lain-lain pangkat daripada ketiga-tiga ketumbukan tentera iaitu darat, laut,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version