Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Agong titah laksana pelan induk perindustrian dengan berkesan

today18 September 2023

Background


Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menerima menghadap Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz di Istana Negara. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menitahkan misi dirancang dan ditetapkan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dapat dilaksanakan dengan jayanya demi kesejahteraan dan kemakmuran ekonomi rakyat dan negara.

Istana Negara menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, bagi tujuan itu, Sultan Abdullah menitahkan semua pihak dan agensi berkaitan supaya memberi sokongan padu dan kerjasama bagi memastikan pelan induk untuk memacu transformasi industri pada skala besar itu dilaksanakan dengan lancar serta berkesan.

β€œSeri Paduka juga mendoakan agar dengan pelaksanaan pelan induk tersebut, Malaysia kekal berdaya saing dan berdaya maju selain meletakkan negara sebagai kuasa ekonomi serantau,” menurut Istana Negara.

Terdahulu, Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap Menteri Pelaburan,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post