

Agrobank melancarkan Agro Penjaja-i, inisiatif bagi membantu penjaja dan usahawan mikro mendapatkan akses pembiayaan, latihan keusahawanan, literasi kewangan serta kemudahan digital untuk mengukuhkan perniagaan mereka.
Inisiatif itu disasarkan kepada komuniti perniagaan kecil serta sektor tidak formal, selaras usaha memperluaskan keterangkuman kewangan negara.
Melalui Agro Penjaja-i, penjaja dan usahawan mikro boleh memohon Skim Pembiayaan Mikro sehingga RM100,000, selain kemudahan kredit Cashline-i sehingga RM5,000, tertakluk kepada terma dan syarat.
Inisiatif itu turut menawarkan pembiayaan Ar-Rahnu sehingga RM300,000 dengan kadar keuntungan istimewa serendah RM0.50 sebulan serta laluan khas atau ‘green lane’.
Kemudahan lain termasuk latihan kewangan dan keusahawanan selain khidmat nasihat serta pembiayaan bagi pensijilan halal…