

Profesor Universiti Columbia Joseph Massad memuji Malaysia kerana enggan menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel, walaupun berhadapan tekanan daripada Amerika Syarikat ke atas negara-negara majoriti Islam untuk berbuat demikian.
Bercakap pada sidang media selepas menyampaikan syarahan umum bertajuk ‘Identiti Muslim dalam Dunia Globalisasi’ di sini, Massad berkata, keputusan Malaysia itu tidak seharusnya dilihat sebagai sikap memusuhi orang Yahudi.
“Tindakan tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara yang melakukan genosid adalah suatu kenyataan membantah genosid, bukan menentang orang Yahudi,” kata Massad, seorang profesor politik Arab moden dan sejarah intelektual.
Beliau berkata demikian susulan gesaan lapan penggubal undang-undang AS menggesa Setiausaha…