
GUA MUSANG: Tindakan sekumpulan ahli Bersatu termasuk bekas timbalan ketua Gua Musang Che Ariffin Hussin menyertai Umno tidak melumpuhkan Bersatu Nenggiri sebaliknya menyelesaikan masalah dalaman bahagian itu.
Ketua Bersatu Kelantan, Kamaruddin Md Noor berkata laporan mendakwa seramai 480 ahli Bersatu menyertai Umno jugak tidak benar kerana hanya segelintir yang bermasalah termasuk Che Ariffin sahaja keluar parti.
“Ada aduan Che Ariffin dan rakan-rakannya ini bersekongkol dengan Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim yang telah lucut keahliannya (dari Bersatu). Mereka sedang menunggu untuk dikenakan tindakan disiplin.
“Jadi dengan tindakan Che Ariffin dan rakan-rakan ini (menyertai Umno) menyelesaikan masalah dalaman Bersatu Gua Musang. Lebih baik mereka berpindah parti daripada…