
PETALING JAYA: Seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu berkata, tiada perpecahan dalam kalangan pimpinan partinya berhubung sokongan terhadap Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.
Ini menyusul kenyataan Ketua Penerangannya, Wan Saiful Wan Jan, yang mengingatkan Perdana Menteri bahawa sokongan parti itu kepadanya adalah bersyarat.
Sehubungan itu, Ahli MPT Bersatu, Razali Idris, memberi jaminan partinya akan terus menyokong kepimpinan Ismail sehingga mandatnya berakhir, sebagaimana dinyatakan dalam perjanjian mereka.
Mengenai perpecahan yang dilihat berdasarkan kenyataan berbeza dua pemimpin parti berkenaan, seorang lagi Ahli MPT, Muhammad Faiz Na’aman, menolak persepsi terbabit.
“Saya berpandangan kedua-dua kenyataan adalah tepat. Sokongan terhadap Perdana Menteri…