
PETALING JAYA: Seorang pemimpin bahagian PKR berkata parti itu akan membiarkan undang-undang berjalan sebelum memutuskan nasib seorang ahli yang dituduh melakukan sumbang mahram dengan anak tiri yang berusia 17 tahun.
Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad berkata individu itu minta dibicarakan.
“Dia akan dikenakan tindakan disiplin sekiranya didapati bersalah atau mengaku bersalah.
“Ketika ini kes sedang berjalan dan beliau mengaku tak bersalah. Jadi biarlah undang-undang berjalan dahulu,” kata Syed Ahmad yang juga ketua PKR Ampang kepada FMT.
Pada bulan lalu, seorang kerani pusat perkhidmatan awam dilaporkan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang atas tuduhan melakukan sumbang mahram dengan anak tirinya.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah flat pada 20 dan 21 Mei lalu.
Tertuduh didakwa mengikut…