Menerusi video di akaun TikTok @pharmacistony, kelihatan seorang ahli farmasi berkongsi kesan dan bahaya tidur lewat malam.
Menurutnya, seseorang boleh terdedah dengan pelbagai penyakit terutamanya akan memberi kesan kepada tubuh badan anda. Ia akan menyebabkan penurunan kepada daya tahan tubuh anda.
Tambahnya, tidur lewat ini juga akan menggangu hormon yang mengatur selera makan dan menyebabkan anda craving tengah malam dan disebabkan itu berat badan bertambah naik.
“Tidur yang kurang atau tidur tidak teratur akan menjejaskan kesihatan mental. Ini mungkin menjadi salah satu punca kenapa anda mudah rasa letih lesu dan juga murung.
“Kajian juga menunjukkan mereka yang suka tidur lewat ini terdedah kepada risiko penyakit jantung dan juga strok,” katanya.