
Seorang lelaki yang dikehendaki polis kerana terlibat dalam kegiatan jenayah terancang Geng TR berjaya ditahan hari ini semasa dalam penerbangan dari Chennai, India menuju ke Bangkok, Thailand.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, M Kumar berkata suspek ditahan dengan kerjasama pihak berkuasa India dan Thailand dalam operasi khas dikenali sebagai Op Lima sebelum dibawa pulang ke Malaysia.
“Suspek merupakan ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng TR’ yang bergerak aktif melakukan kesalahan jenayah kekerasan dan aktiviti dadah di Selangor sejak 2021.
“Lelaki warga tempatan berumur 46 tahun itu juga mempunyai waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Selangor pada 17 April selain notis merah Interpol yang dikeluarkan pada 7 Mei lalu,” katanya dalam satu…