
PETALING JAYA: Ahli Geologi sepatutnya terlibat pada setiap fasa pembangunan bagi memastikan tiada masalah berbangkit seperti tanah runtuh, hakisan cerun atau keretakan dalam menjayakan sesuatu projek.
Pengarah urusan syarikat perunding kejuruteraan geologi, Geoxpert Sdn Bhd (GEX), Norazianti Asmari, berkata amalan ketika ini adalah ahli geologi hanya dilibatkan pada fasa permulaan iaitu sebelum pembinaan dan selepas ia siap.
Katanya, sepatutnya ahli geologi harus ada di setiap fasa sehingga sesuatu projek selesai.
“Di pertengahan projek ahli geologi tiada, jadi tiada siapa akan beri nasihat jika ada masalah tanah. Kemudian bila sesuatu berlaku semua orang tuding jari. Itu yang terjadi sekarang,” katanya kepada FMT.

Norazianti yang bernaung bawah Lembaga Geologi Malaysia (LGM) selama 16 tahun…