KUALA LUMPUR: Ahli Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) yang hadir program pemulihan akidah secara sukarela selama 90 hari akan diberikan elaun.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan, berkata elaun harian itu sebagai usaha menggalakkan mereka menghadiri program disediakan.
Katanya, mereka yang diberi elaun hanya membabitkan kumpulan tidak terlibat aktiviti jenayah sebagaimana suspek yang ditahan.
“Usaha dilaksanakan (untuk tarik minat mereka tampil sertai program pemulihan) antaranya ada majlis agama Islam, Jakim (Jabatan Kemajuan…