

Ahli Lembaga Pelawat (ALP) Hospital Bukit Mertajam (HBM) menyeru pihak berkuasa menyiasat pengguna Facebook yang menyebarkan fitnah bahawa hospital itu akan dipindahkan kerana kuil.
ALP mengulas hantaran di Facebook mendakwa HBM akan dipindahkan agar tidak mengganggu kuil, mengaitkan dakwaaan itu kepada Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong, dan memuatnaik gambar lawatan beliau.
ALP berkata Sim tidak pernah menyentuh isu kuil semasa lawatan ke HBM pada 14 Sept, menerangkan fokus lawatan adalah pada penambahbaikan fasiliti iaitu blok tambahan untuk menampung pesakit, yang diusahakan sejak 2023.
“Tidak ada isu pemindahan bangunan hospital tetapi yang ada adalah cadangan pembinaan bangunan baru dan bangunan lama masih kekal tanpa sebarang pemindahan,” menurut kenyataan.
“Kenyataan fitnah yang disebarkan melalui media sosial…