Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ahli MKT, Khaidhirah umum tanding ketua Puteri Umno

today17 February 2023

Background


Ahli MKT itu berkata, hasrat itu sudah dimaklumkan kepada Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Puteri, Zahida Zarik Khan.

Khaidhirah Abu Zahar (tengah) akan menyerahkan borang pencalonannya untuk jawatan ketua Puteri Umno pada Jumaat. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Saingan jawatan ketua Puteri Umno bertambah sengit apabila Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Khaidhirah Abu Zahar menawarkan diri bertanding jawatan tertinggi sayap itu pada pemilihan parti akan datang.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Dira berkata, hasrat itu sudah dimaklumkan kepada Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Puteri, Zahida Zarik Khan.

Beliau akan menyerahkan borang pencalonannya pada Jumaat.

“Berjalan dengan lancar semuanya. Semua saya sudah maklumkan. Aturan kita kena ikut, walaupun kita menawarkan diri, tetapi perlu ada unsur demokrasi itu.

“Saya turut dimaklumkan presiden, terdapat empat individu yang menghantar borang pencalonan, tapi tak pasti jumlah itu termasuk saya atau tidak,”…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Chia Wan Rou


Previous post