
PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata semua Ahli Parlimen berpeluang membahaskan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 mengenai kewarganegaraan pada sidang Dewan Rakyat akan datang.
Katanya, sesi Dewan Rakyat kali ini perlu ditangguhkan mengikut jadual hari ini dengan bacaan pertama dan kedua selesai.
Beliau berkata, sidang akan datang yang dijangka pada Jun membolehkan semua Ahli Parlimen turut serta dan berbincang cadangan perubahan secara mendalam.
“Cuti esok. Dalam susunan RUU, (perbahasan) RUU pindaan kewarganegaraan berlangsung selepas RUU Keselamatan Siber. Perbahasan kewarganegaraan mesti diberikan masa untuk Ahli Parlimen mengambil bahagian,” katanya kepada FMT.
Petang tadi Saifuddin membentangkan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 mengenai…