
Ahli Parlimen PKR Rodziah Ismail menolak gesaan supaya beliau meletak jawatan memandangkan beliau mempunyai hubungan rapat dengan Rafizi Ramli, yang mengumumkan keluar parti semalam.
Ahli Parlimen Ampang itu berkata, beliau akan terus berkhidmat untuk rakyat di kawasannya kerana beliau tidak akan sesekali mengkhianati mandat yang diamanahkan oleh pengundi.
Tambahnya, perbezaan pandangan atau tindakan membangkitkan persoalan tidak sepatutnya disalah tafsir sebagai tidak setia atau pengkhianatan, sebaliknya demokrasi yang matang menuntut perbezaan diuruskan dengan penuh hikmah.
“Apa yang lebih penting ketika ini adalah memastikan kestabilan politik negara terus dipelihara agar tumpuan dapat diberikan kepada usaha memulihkan ekonomi, mengembalikan keyakinan rakyat serta memastikan…