Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ahli Parlimen BN tiba di Istana Negara

today23 November 2022

Background



KUALA LUMPUR: Sesi menghadap Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara bermula pagi ini.

Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agung Zambry Abd Kadir dan Timbalan Pengerusi Mohamad Hasan dilihat tiba dengan kenderaan masing-masing sekitar jam 10.40 pagi.

Kesemua 30 Ahli Parlimen BN dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini, berikutan sesi menghadap Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim semalam.

Dalam pada itu, Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun tiba di Istana Negara pada jam 11 pagi dan diikuti beberapa wakil Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

BERITA LANJUT MENYUSUL

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faisal Asyraf dan Mohamad Fadli


Previous post