
KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen kerajaan mencadangkan Putrajaya mengenakan moratorium pelaburan langsung Malaysia di luar negeri (DIA) terhadap syarikat pemastautin untuk mengukuhkan ekonomi negara.
Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) berkata, ketika Malaysia berdepan pemulihan ekonomi pasca Covid-19, usaha mengukuhkan ringgit perlu menjadi fokus dengan meningkatkan permintaan terhadapnya.
Bekas timbalan menteri kewangan itu berkata, sebagai permulaan moratorium itu boleh dikenakan terhadap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).
“Memang ada baiknya melabur di luar negara yang menunjukkan kita mempunyai kemampuan, tetapi dalam krisis kini memerlukan syarikat Malaysia mempunyai semangat patriotisme menukar kepada ringgit atau mengembalikan pelaburan dalam negara.
“Saya harap tahun depan kerajaan kenakan moratorium…