
Seorang Ahli Parlimen DAP menggesa Kementerian Kerja Raya (KKR) mengarahkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memberi penjelasan bertulis berserta bukti dalam tempoh tujuh hari berhubung beberapa persoalan mengenai aplikasi TuJu.
Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng berkata penjelasan itu perlu merangkumi taklimat diberikan kepada perdana menteri, pemilihan Prosignal Consortium Sdn Bhd, kemungkinan konflik kepentingan, keselamatan data pengguna serta sebarang tanggungan kewangan LLM.
Beliau turut mahu penjelasan berkenaan didedahkan kepada umum supaya rakyat dapat menilai sendiri perkara itu, kecuali maklumat yang benar-benar sulit.
“Jika terbukti berlaku kecuaian serius atau salah laku, tindakan tegas mesti diambil.
“Jangan jadikan pegawai bawahan kambing hitam sedangkan keputusan dibuat oleh pengurusan tertinggi,” katanya dalam kenyataan.
Semalam,…