Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ahli Parlimen Kepong mohon tangguh penghakiman RM2 juta kes saman fitnah

today23 May 2023

Background


Lim Lip Eng mendakwa terdapat risiko beliau tidak dapat mendapat semula jumlah penghakiman itu jika rayuannya berjaya.

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi membayar RM2 juta kepada ahli perniagaan Jessy Lai dan syarikatnya, MonSpace (M) Sdn Bhd, kerana memfitnah. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng memfailkan notis usul di Mahkamah Rayuan untuk menangguhkan penghakiman RM2 juta dalam saman fitnah oleh pengasas firma e-dagang terhadapnya.

Peguam Lim, Guok Ngek Seong, berkata permohonan itu dan sijil kesegeraan difailkan tengah hari semalam.

“Pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan telah menetapkan pengurusan kes esok,” katanya kepada FMT.

Dalam notis usul itu, Lim berkata beliau mahu Mahkamah Rayuan menggantung pembayaran jumlah penghakiman yang diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi pada 16 Mac sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan.

Beliau juga memohon penangguhan sementara penghakiman, sementara menunggu permohonannya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post