Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ahli Parlimen Kuala Kangsar tak telefon, bertemu, atau bincang dengan PM

today13 October 2023

Background


Jemaah Menteri dimaklumkan tiada perbincangan antara Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan perdana menteri mengenai sokongannya, kata Zahid Hamidi. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Kangsar tidak pun menelefon, bertemu, atau berbincang dengan perdana menteri mengenai sokongannya, kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.

Zahid berkata Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid daripada Bersatu menyokong Anwar Ibrahim atas kapasiti peribadi memandangkan beliau masih ahli parti pembangkang itu.

“Jemaah Menteri dimaklumkan pagi tadi bahawa Ahli Parlimen Kuala Kangsar tidak pun telefon atau bertemu dengan perdana menteri atau mengadakan perbincangan dengan perdana menteri mengenai sokongan beliau kepada kerajaan perpaduan,” katanya pada sidang media di Parlimen.

Semalam, Iskandar menerusi kenyataan, berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti rintihan berterusan pengundi dan menitikberatkan keperluan mendesak untuk menangani masalah krisis kenaikan kos sara hidup yang melanda…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Mohamad Fadli


Previous post