Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong berkata Kementerian Kesihatan perlu menjelaskan keadaan sebenar.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong menggesa Kementerian Kesihatan menjelaskan keadaan sebenar berhubung kekurangan doktor di hospital-hospital di Melaka.
Beliau mengambil maklum kenyataan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) bahawa beberapa hospital akan menghadapi masalah kekurangan doktor, yang dikatakan berkait dengan urusan penempatan doktor, dan mahu kementerian mengambil tindakan yabng berkesan.
“Kita khuatir apa yang disebutkan dalam kenyataan tersebut, kalau benar, ia akan menjejaskan perkhidmatan kepada orang ramai, dan ia juga tidak adil kepada kakitangan hospital,” katanya di Facebook.
Semalam, FMT melaporkan Jabatan perubatan dalaman sebuah hospital di Melaka mengumumkan perkhidmatannya dikurangkan…
