
KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul hari ini membatalkan penggantungan empat hari yang dikenakan terhadap Awang Hashim (PN-Pendang).
Beliau membuat keputusan sedemikian susulan tindakan Awang menarik balik tindakannya yang dikatakan melanggar Peraturan Mesyuarat, serta memohon maaf, mematuhi permintaan Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin.
“Kalau macam ini saya minta maaf, saya tarik balik (tindakan),” kata Awang di Dewan Rakyat.
Terdahulu, Hamzah meminta Awang menarik balik tindakannya itu selepas Johari menggantung Ahli Parlimen PAS itu daripada Dewan selama empat hari.
“Saya minta Pendang (Awang) tarik balik supaya Speaker (Johari) beri kelonggaran. Jangan bantah. Minta maaf dan tarik balik,” katanya.
Awang menjadi wakil rakyat pertama yang diarah keluar Dewan pada sidang yang bermula semalam.
Terdahulu, Ahli Parlimen pembangkang keluar Dewan…
