

Seorang Ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan keberkesanan program kesihatan mental di sekolah, memetik dakwaan ketiadaan perkongsian data antara Kementerian Pendidikan (KPM) dengan Kementerian Kesihatan (KKM).
Ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini, Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) mendakwa KPM mempunyai data yang mampu membantu KKM mengenal pasti murid yang memerlukan intervensi.
“Kalau KKM sendiri tidak ada data itu, mana mungkin mereka dapat membuat intervensi itu dengan secara bersasar dan berkesan?” katanya.
Menerusi inisiatif Minda Sihat, saringan masalah kesihatan mental dijalankan terhadap murid, manakala kaunselor sekolah memberi bantuan awal kepada mereka yang dikenal pasti berisiko.
Awal bulan ini, Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad memaklumkan Dewan Rakyat, murid yang memerlukan…