
KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen pembangkang menggesa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyiasat isu penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada syarikat dikaitkan dengan firma pelaburan BlackRock.
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) berkata mereka yang terbabit perlu memberi penjelasan dan alasan penjualan 30% daripada saham berkenaan kepada Global Infrastructure Partners (GIP).
“Tolong siasat dalang penjualan saham MAHB ini dalam Khazanah dan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), saya gesa PAC panggil mereka terangkan kenapa jual saham MAHB kepada BlackRock dan GIP,” katanya membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suhakam 2021 dan 2022 di Dewan Rakyat hari ini.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam penjelasannya sebelum ini berkata penjualan pegangan saham dalam MAHB kepada GIP telah melalui syarat yang…