
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mempertahankan ketidakhadiran pada sidang Dewan Rakyat pagi tadi dengan berkata, mereka berada di Istana Kehakiman, Putrajaya bagi menunjukkan sokongan terhadap mahkamah syariah.
Shahidan Kassim (PN-Arau) terkilan apabila Ahli Parlimen kerajaan menyebut ketidakhadiran pihaknya pagi tadi sebagai “fi’il” pembangkang.
“Tiap-tiap hari, (sidang) petang, (pembangkang) tunggu untuk cukupkan kuorum. Tapi kita tak kata itu ‘fi’il’ kerajaan,” katanya di Dewan Rakyat sebelum memulakan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 pada peringkat jawatankuasa Kementerian Kesihatan.
Shahidan memberi amaran bahawa jika Ahli Parlimen berkenaan tidak menarik balik kenyataan itu, beliau akan merujuk individu itu ke Jawatankuasa Hak dengan Kebebasan…