
PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen Sabah menyangkal tanggapan bahawa PRN akan datang di enam negeri menjadi referendum mengenai kerajaan semasa dengan berkata, dakwaan sedemikian berpaksikan Malaya.
Wilfred Madius Tangau dalam kenyataan berkata, gabungan enam negeri itu merangkumi 45% daripada pengundi negara.
“Mengapa pula keputusan kedua yang mereka buat kini membatalkan keputusan yang dibuat oleh pengundi di semua 13 negeri di Malaysia hanya sembilan bulan lepas?
“Adakah suara 55% pengundi lain di Malaysia – di Sabah, Sarawak, lima negeri Malaya (Semenanjung) dan tiga wilayah persekutuan – yang tidak mengadakan PRN – tidak diambil kira?”
Ahli Parlimen Tuaran itu berkata, kerajaan perpaduan disokong 54 daripada 57 Ahli Parlimen Malaysia Timur daripada 11 parti Borneo serta tiga parti nasional, iaitu PKR, DAP dan Umno.
Tangau…