Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ahli Parlimen, Senator perlu ikuti latihan etika, kata Rais Yatim

today11 February 2023

Background



Ahli Parlimen dan Senator juga mesti mempunyai perintah-perintah am seperti penjawat awam, antaranya berkaitan prosedur selepas pendakwaan di mahkamah, kata Rais Yatim. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen dan Senator perlu mengikuti latihan pemantapan etika sebagai pemimpin dipilih oleh rakyat.

Speaker Dewan Negara, Rais Yatim, berkata cadangan itu antara syor terkandung dalam pindaan Akta Kuasa dan Keistimewaan Parlimen 1952 untuk memperkukuh kewibawaan Parlimen sebagai badan tertinggi negara.

“(Latihan) dalam aspek etika sebagai pemimpin yang dipilih rakyat, budaya anti rasuah, kelakuan dalam parlimen, hubungan dengan penjawat awam, dan lain-lain,” katanya kepada FMT.

Rais berpandangan semua wakil rakyat juga harus menerima layanan seperti penjawat awam lain, tanpa ‘memilih bulu’ selaras dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, semua Ahli Parlimen dan Senator mesti mempunyai perintah-perintah am seperti penjawat awam…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Anne Muhammad


Previous post