PETALING JAYA: Ahli Parlimen Sungai Buloh R Ramanan dilantik pengerusi jawatankuasa khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia.
MalaysiaGazette melaporkan, timbalan ketua penerangan PKR itu telah menerima mandat daripada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.
Ramanan juga mengesahkan beliau akan mengadakan mesyuarat pertama bersama empat lagi ahli jawatankuasa yang baru dilantik agensi itu.
Mereka ialah Senator C Sivarraajh dari MIC, Ahli Parlimen Klang dari DAP V Ganabatirau, R Yuneswaran (PKR) Ketua Pengarah Mitra, K Raveendran Nair.
“Esok, selepas mesyuarat kita akan adakan sidang media di pejabat Mitra di Putrajaya. Kita akan memaklumkan hala tuju dan perancangan,” katanya.
Mitra dikenali sebagai Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (Sedic) di bawah pentadbiran bekas perdana menteri Najib Razak dan dibentuk pada 2013.
Objektif penubuhannya adalah untuk memperkasakan komuniti India…