
PETALING JAYA: Rata-rata Ahli Parlimen termasuk pembangkang menyuarakan rasa tidak puas hati di sebalik keputusan kerajaan mengurangkan peruntukan pembangunan daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta.
Seorang Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang enggan dinamakan berkata, beliau hanya menerima peruntukan sebanyak RM1 juta berbanding RM3.5 juta sebelum ini, sekali gus menyukarkan urusan membantu pengundi dalam kawasannya.
“Sekiranya kami diberikan peruntukan lebih, amat mudah untuk kami membantu pengundi secara langsung, pantas dan efisien kerana permohonan daripada agensi atau jabatan kerajaan memakan masa agak lama,” katanya ketika dihubungi FMT.
Bagaimanapun, beliau percaya peruntukan tersebut akan ditambah selepas Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan selain menuntut supaya peruntukan…