
PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen kerajaan menawarkan bantuan untuk membantu seorang saksi berkait kes beberapa Adun membincangkan rasuah melibatkan lesen projek.
Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng menawarkan bantuan itu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan ia tidak boleh memberikan jaminan imuniti bertulis tanpa maklumat terperinci berkenaan perlakuan salah tersebut.
Beliau juga menggesa saksi tersebut untuk menghubunginya sebelum sidang parlimen berakhir pada pertengahan Disember ini.
“Saya sedia untuk mengemukakan bukti itu dan mendedahkan nama mereka yang terlibat di Parlimen. Saya juga menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera dan tegas terhadap mereka,” katanya dalam satu kenyataan.
Perkara 63(2) Perlembagaan Persekutuan memberi kebebasan kepada Ahli Parlimen dan imuniti daripada dikenakan tindakan undang-undang…