Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ahli perniagaan wanita calon PBDSB Parlimen Julau

today13 September 2022

Background



Ketua Wanita PBDSB Susan George ketika menghadiri perhimpunan di Rumah Panjang Akun, Ngaga Matop, Julau, Sarawak. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) mengumumkan ketua wanitanya, Susan George sebagai calon kerusi bagi Parlimen Julau pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Pengumuman itu dibuat Presiden PBDSB, Bobby William pada perhimpunan di Rumah Panjang Akun, Ngaga Matop, Julau yang dihadiri kira-kira 500 orang.

Bobby berkata, pemilihan Susan, 37, yang juga ahli perniagaan dibuat kerana dia masih muda, berpendidikan serta lantang bersuara.

“Kami percaya dia boleh berkhidmat dengan baik untuk rakyat Julau jika dipilih,” katanya menurut The Borneo Post.

Kerusi Julau kini disandang Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Larry Sng.

Jelas Bobby lagi, datuk dan nenek Susan berasal dari Julau dan kini menetap di Sibu Jaya.

“Tempat asal calon bukan isu besar di Julau kerana penyandangnya, Sng juga bukan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post