Abdul Ghapur Salleh dilantik timbalan ketua menteri Sabah dari 1995 hingga 1997 serta Ahli Parlimen Kalabakan dari 2004 hingga 2018.

PETALING JAYA: Ahli politik veteran Sabah, Abdul Ghapur Salleh meninggal dunia pada 12.07 pagi tadi.
Bekas timbalan ketua menteri Sabah dan Ahli Parlimen Kalabakan itu berusia 80 tahun.
Ghapur dilantik timbalan ketua menteri Sabah dari 1995 hingga 1997 dan merupakan Ahli Parlimen Kalabakan dari 2004 hingga 2018.
Nizam Abu Bakar Titingan, pembantu menteri kepada ketua menteri mengesahkan kematian pemimpin Umno itu kepada Berita Harian.
Katanya, beliau mendapat tahu mengenai kematian Ghapur melalui WhatsApp daripada anaknya, Salleh.
Bekas ketua menteri Sabah, Salleh Said Keruak turut mengucapkan takziah kepada keluarga Ghapur menerusi media sosial.
Bekas ketua Wanita Umno Kalabakan, Hamisah Samat, menyifatkan Ghapur…