Menerusi hantaran di Facebook, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata pelantikan yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong itu mencerminkan keyakinan dan harapan tinggi kepemimpinan negara ke atas kebolehan dan kewibawaan Ahmad Fauwaz untuk mengemudi institusi fatwa dengan penuh integriti dan hikmah.
“Saya yakin dan percaya beliau akan memperkukuh lagi peranan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan sebagai institusi autoritatif yang menjadi rujukan umat Islam di negara ini.
“Tahniah saya ucapkan dan semoga Allah SWT memberkati pelantikan ini serta memberikan kekuatan kepada beliau untuk menjalankan amanah dengan penuh hikmah, integriti serta istiqamah,” katanya.
Untuk makluman anda, Ahmad Fauwaz merupakan anak kepada bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor itu adalah tokoh ilmuwan prolifik dalam bidang perundangan dan kewangan Islam, pendidikan, dakwah serta penyelidikan.
Bekas Ahli Lembaga Pengarah…