Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Ahmad Idham Luah Rasa Syukur, Anak Istimewanya Kini Boleh Berjalan

today31 May 2022

Background

Pelakon dan pengarah, Ahmad Idham mengucapkan rasa syukur apabila anak istimewanya Ahmad Firdaus, 21, kini sudah boleh berjalan meskipun memerlukan alat sokongan.

Menurut Idham, ini membuktikan tiada perkara yang mustahil yang boleh dicapai kerana anak sulungnya itu telah disahkan mengalami focal encephalitis sejak kecil sehingga menyebabkan kesukaran untuk berjalan dan bertutur.

Perkongsian video tersebut dimuat naik di Instagram miliknya ketika melakukan aktiviti beriadah dan bercuti bersama keluarga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Ahmad Idham (@ahmad_idham)

β€œAntara aktiviti hujung minggu, bawa Abang (Ahmad Firdaus) jalan-jalan untuk latihan kuatkan kaki Abang.

β€œWalaupun kadang-kadang ada benda kita rasa mustahil untuk kita capai, namun tidak pernah ada yang mustahil selagi Allah izinkan ianya untuk berlaku.

β€œAbang, ketika usia 2 tahun doktor mengesahkan dia mengalami focal encephalitis sehingga mengalami kesukaran berjalan dan bertutur.

β€œNamun, hari ini abang dah boleh berjalan walaupun memerlukan alat sokongan, tapi abang tetap berjaya lakukannya,” katanya.

Tambah Idham yang juga menubuhkan Sekolah Pendidikan Khas Eden Firdaus itu dia amat berbangga dengan anaknyaa serta berharap agar lebih ramai anak istimewa dapat jalani hidup seperti manusia biasa.

β€œDaddy bangga dengan abang!

β€œSemoga lebih ramai anak-anak istimewa mampu menjalani kehidupan seperti manusia biasa yang lain,” ujarnya.

Ahmad Idham dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Firdaus, 21, Ahmad Aydeel, 18, Kintan Myra, 16 dan Ahmad Khaliff, 12.

Written by: Salma


Previous post