
PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah filem, Ahmad Idham Ahmad Nadzri sedia untuk berhadapan dengan Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun sekiranya dicalonkan bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Beliau yang juga ketua penerangan Gerakan Tanah Air (GTA) Negeri Sembilan berkata, beliau telah pun memulakan gerak kerja untuk memperjuangkan keperluan golongan anak-anak istimewa di situ seperti yang menjadi hasratnya sebelum ini.
“Saya sudah melangkah masuk di sini, kalah menang itu bukan saya mahu tentukan, saya selalu berpegang bahawa sebagai manusia, saya boleh merancang tetapi yang menentukan adalah Allah SWT.
“Kalau dikatakan saya menang, menanglah saya di sini, kalau kalah saya mahu buat macam mana tetapi yang penting adalah usaha dan komitmen saya kepada…