Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Aidil Aziz Kongsi Situasi Terkini Fasha Sandha – “Dia Cuba Gerakkan Mata Kiri Yang Cedera…”

today7 March 2023

Background

Pelakon Aidil Aziz berkongsi keadaan terkini isterinya Fasha Sandha yang masih dirawat di sebuah hospital pakar di Kuala Lumpur sejak minggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Terhentak Di Bucu Katil Sehingga Tulang Mata Patah & Bengkak, Fasha Sandha Dikejarkan Ke Hospital

Menerusi perkongsian di Instagram, Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Abdul Aziz memaklumkan Fasha menunjukkan perkembangan positif apabila cuba menggerak mata kirinya.

Perkongsian tersebut memaparkan Fasha sedang duduk di katil sambil memegang sejambak bunga ros merah jambu.

“Sakit-sakit pun comel.

“Fasha cuba untuk gerakkan mata kiri yang cedera. Sakitnya masih terasa,” kongsi Aidil.

Dalam pada itu, Aidil turut mengharapkan isterinya itu kekal bertahan dan menyatakan ramai yang mendoakan kesembuhan Fasha.

“I can feel you.

“Be strong Sayang. Ramai yang mendoakan you,”katanya.

Terdahulu, Fasha dikejarkan ke hospital apabila mengalami kecederaan di bahagian mata selepas terhentak di bucu katil ketika menjalani penggambaran bersama pelakon Azhan Rani di Johor.

Susulan insiden tersebut, Azhan tampil menjelaskan perkara sebenar dan memohon maaf kepada Fasha dan pihak produksi atas kemalangan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Insiden Fasha Sandha Cedera Di Set Penggambaran, Azhan Rani Tampil Beri Respons – “Rehearsal Dah Dilakukan, Segalanya Hanya Teknik Saja Tapi…”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aidil Aziz (@itsaidilaziz)

Written by: Aqilah


Previous post

Sukan

TFC dapat suntikan penajaan daripada TPK Legacy

Kuala Terengganu: Terengganu FC (TFC) mendapat suntikan semangat baharu menjelang pertemuan dengan PDRM FC, Sabtu ini apabila sebuah syarikat, Tea Peng King (TPK) Legacy tidak melepaskan peluang untuk menjadi penaja baharu pasukan itu.

today7 March 2023