Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Aidilfitri: Warga kota mula pulang, Lebuhraya KLK sesak

today5 April 2025

Background


Warga kota mula pulang
Aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak mula sesak susulan warga kota yang pulang selepas cuti menyambut Aidilfitri. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dilaporkan sesak susulan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas selesai menyambut Aidilfitri di kampung halaman masing-masing.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan peningkatan berganda jumlah kenderaan itu mengakibatkan kesesakan lebih 20 kilometer bermula dari Karak hingga Lentang, setakat 10.40 pagi ini.

“Kesesakan ini sudah dijangka dan akan berlarutan hingga esok (Ahad) disebabkan orang ramai dari kampung sudah bergerak pulang ke Kuala Lumpur untuk mula bekerja selepas menyambut Aidilfitri,” katanya kepada Bernama.

Jurucakap memaklumkan, aliran trafik turut mengalami sedikit kesesakan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) bagi laluan E1 dan E2 menuju ibu negara.

“Trafik sesak di laluan E1 dari Permatang Pauh ke Perai, Juru Autocity ke Plaza Tol Juru,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Norris terpantas di GP Jepun

Suzuka, Jepun: Pendahulu Kejuaraan Lando Norris mencatatkan masa terpantas, mengatasi rakan sepasukan McLaren, Oscar Piastri, dalam sesi latihan terakhir menjelang Grand Prix Jepun walaupun kebakaran kecil di tepi trek sekali lagi mengganggu sesi itu.

today5 April 2025