Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Ketua jurulatih skuad B-23 tahun negara, Brad Maloney melantik bintang muda Kedah Darul Aman, Aiman Afif sebagai ketua pasukan skuad kebangsaan bagi menghadapi saingan AFF B-23 tahun di Kemboja.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana pemain yang boleh beraksi di beberapa posisi itu diberi tanggungjawab untuk mengetuai pasukan Malaysia.
Brad Maloney umumkan Aiman Afif sebagai kapten skuad B23 negara dan diberi peranan sebagai pemain tengah berbanding penyerang atau pertahanan dalam kejohanan AFF B23 di Kemboja.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) February 14, 2022
Dalam senarai akhir 28 pemain yang diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru-baru ini, terdapat beberapa pemain yang mempunyai pengalaman beraksi bersama skuad B-23 tahun negara yang mampu untuk menggalas tugas sebagai ketua pasukan.
Antara pemain yang…