Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Air Mata Leona Mengalir Lepas Beri Sumbangan – “Saya Perlu Bersyukur Ada Makanan, Sihat, Hidup Tenang”

today11 June 2024

Background

Pempengaruh, Kasih Iris Leona tidak dapat menahan sebak selepas mengikuti aktiviti kebajikan dalam memberikan bantuan kepada golongan kurang berkemampuan.

Menerusi video dikongsikan oleh produk makanan sejuk beku terkenal, Leona bersama bapanya, aktor Azhar Sulaiman ‘turun padang’ menghantar keperluan asas kepada penerima bantuan tersebut.

Tidak dapat menahan air mata, aktiviti kebajikan itu seakan memberi ruang kepada Leona untuk mengenal erti bersyukur terhadap segala perkara yang dimilikinya kini.

“Saya perlu bersyukur dengan apa yang dimiliki sebab mereka (penerima sumbangan) sangat gembira apabila mendapat beras dan sebagainya.

“Kita patut bersyukur untuk semua benda dalam hidup kita. Walaupun kecil atau besar, semua kena bersyukur. Makanan, kesihatan, kehidupan yang tenang,” katanya sambil mengesat air matanya.

@pakmatwesterncafee

Kali ini dia bawa ayah dia sekali kerja 😭 #fyp #leona #azharsulaiman

♬ original sound – Pakmatwesterncafee – Pakmatwesterncafee

Malah, Azhar dalam video berkenaan juga seolah-olah bangga terhadap anaknya itu yang tidak kekok dalam melakukan aktiviti sedemikian.

Leona

Menjengah ke ruangan, rata-rata netizen tersentuh melihat keperibadian Leona dikatakan terpancar keikhlasannya dalam memberi layanan terbaik terhadap penerima bantuan tersebut.

Artikel Berkaitan: Ini Komen Azhar Sulaiman Bila Leona Mimpi Syed Saddiq – “Semoga Tabah Hadap Liku Hidup Bersama Mekna”

Artikel Berkaitan: Berbeza Pendapat Isu P*lestin, Kasih Iris Leona Mohon Netizen Jangan Samakan Dengan Azhar Sulaiman 

Written by: Aqilah


Previous post