Hot FM

Air pasang besar Sandakan: Penduduk pesisir pantai diminta kosongkan rumah



Kejadian air pasang besar yang berlaku sejak kira-kira 10 malam tadi menjejaskan lebih 300 penduduk di Kampung Forest, Sandakan. (Gambar Bernama)

SANDAKAN: Penduduk di pesisir pantai di sini dinasihatkan supaya mengosongkan rumah masing-masing sebelum 6 petang ini kerana fenomena air pasang besar dijangka akan berlaku sekali lagi malam ini dan malam esok.

Ketua Polis Sandakan Abdul Fuad Abdul Malek berkata, Jabatan Meteorologi juga telah mengeluarkan amaran hujan berterusan di kawasan sekitar sini hingga esok.

“Saya telah meninjau beberapa tempat yang berisiko dan menasihatkan penduduk supaya berpindah ke rumah saudara mara atau ke pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di PPS SK Sungai Anib 2 di sini hari ini.

Kira-kira 100 rumah di Kampung Forest di sini rosak akibat fenomena air pasang besar yang berlaku sejak kira-kira 10 malam tadi, menjejaskan lebih 300 penduduk. Kebanyakan mangsa ditempatkan di PPS SK Sungai…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version